Monday, June 9, 2008

sekali lagi, aku melarikan diri.
setiap kali, kau cuba mengerti.
sejauh mana aku pergi,
kau tetap menanti.
aku bingung.
mengapa kau tetap menantikan kehadiranku?
aku bukannya semegah yang dikatakan diri kau itu
lupakan sahajalah niatmu.
kerana kali ini,
aku tidak akan kembali.
aku tidak akan kembali.

Thursday, February 21, 2008

random

aku menunggu di tempat biasa
badanku menggigil, hatiku bisa
wajahmu terbayang-bayang di dalam mindaku
setitik air mata membasahi
muka sucimu

aku cuba mendekatimu
tetapi kau hanya mendiamkan diri
kata-kata kau menyakitkan
menikam hatiku yang halus ini

maafkan aku
kerana terlalu mementingkan diri sendiri
kerana selalu menyakitkan hati
kerana tidak mengenal erti
makna persahabatan kami



nanti saya letak tempat untuk bercomment k :D

Monday, November 19, 2007

PENDIDIK MILLENIUM
PURNAMA SENJA
MUHAMMAD KHAIROOL HAQUE
Watak & Perwatakan

Hakim
Hakim merupakan seorang yang bijak. Dia pandai mengaitkan karangan mengenai kehidupan berbilang bangsa di Singapure dewasa ini dengan kehidupan di zaman Rasullullah s.a.w di mana berbagai kaum hidup bersama. Jawapannya yang unik ini menunjukkan bahawa Hakim adalah seorang murid yang kreatif. Bukan sahaja itu, Hakim juga seseorang murid yang menghormati gurunya. Apabila Cikgu Halim mencabarnya untuk menentang kata-kata Cikgu Halim itu, Hakim hanya terdiam kerana dia takut digelar sebagai seseorang yang biadap. Selain daripada itu, Hakim adalah seseorang yang sabar. Apabila dimarahi oleh Cikgu Halim, Hakim hanya mendiamkan diri dan tidak melawan kata-kata gurunya itu. Walau bagaimanapun, Hakim hanya melawan kata-kata gurunya itu apabila dia tidak tertahan lagi dengan perangai Cikgu Halim terhadapnya. Di samping itu, Hakim juga menunjukkan sikap keberanian apabila dia menentang kata-kata Cikgu Halim. Pelajar-pelajar yang lain tidak akan cuba pun untuk menentang Cikgu Halim yang dipamerkan sebagai seorang guru yang garang dan ditakuti ramai pelajar

Cikgu Halim
Cikgu Halim merupakan seseorang yang tidak bertanggungjawab. Cikgu Halim telah memberi tugasan tatabahasa tanpa mengajar anak muridnya cara-cara menjawab soalan-soalan seperti yang tertera di kertas latihan itu. Dia juga telah menunjukkan sifat tidak bertanggungjawabnya apabila dia mengatakan 'Saya malas nak ajar kamu semua.' Jika dia seseorang yang bertanggungjawab, tentu dia tidak akan mengatakan kata-kata yang sebegitu. Cikgu Halim juga seseorang yang tidak mahu mengalah. Sifat ini dipamerkan apabila dia mencari pasal dengan Hakim. Walaupun jawapan Hakim merupakan jawapan yang benar, Cikgu Halim tetap menuduhkan Hakim sebagai seorang pelajar yang biadap. Dia tidak boleh terima bahawa seoranng pelajar dapat mengalahkan seorang guru. Oleh itu, Cikgu Halim telah menghalau Hakim keluar dari kelas dengan alasan yang Hakim itu seseorang yang biadap.
Ms Wong
Ms Wong merupakan seseorang yang kurang ajar. Apabila Hakim memasuki bilik pengetua untuk memberitahu apa yang telah terjadi, dia segera menghalau Hakim keluar dari bilik pengetua tanpa sembarang sebab. Dia tidak memberi Hakim peluang untuk bercakap pun. Selain daripada itu, dia juga seseorang yang penuh keyakinan. Apabila Cikgu Halim memberitahunya bahawa dia rasa bimbang kerana dia takut perhubungan mereka yang sulit itu akan diketahui orang lain, Ms Wong yakin yang tiada sesiapa pun yang ternampak mereka berdua bersama, tanpa sembarang siasat dan sebagainya. Ms Wong juga seorang yang amat gatal, kerana sanggup mengadakan hubungan sulit di sekolah walaupun dia seorang pengetua sekolah.

Tuesday, November 6, 2007

:D